MALAYSIA HARI INI

VIDEO - 23 rumah setinggan terbakar, 115 keluarga hilang tempat tinggal


Telipok Penampatan,Sabah - Sebanyak 23 rumah setinggan musn@h dalam kebakaran yang berlaku di Penempatan Telipok dan mengakibatkan 115 orang individu tinggal sehelai sepinggang.


Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.07 petang itu, 23 rumah setinggan musn@h sepenuhnya dalam kebakaran berkenaan.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.07 petang tadi dan seramai 30 orang pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dan Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian dengan menaiki beberapa jentera pemadam api.


“Kita menggerakkan pasukan bomba dari BBP Lintas yang terletak kira-kira 17 kilometer dari lokasi kebakaran.





“Pasukan bomba mengalami kesukaran untuk masuk ke lokasi kebakaran disebabkan jalan sempit dan sesak dengan kenderaan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.23 petang tadi. Operasi pemadaman kebakaran masih diteruskan.


JANGAN LUPA SHARE ARTIKEL INI KEPADA KELUARGA DAN RAKAN ANDA! SUPAYA MEREKA JUGA TAHU APA YANG ANDA TAHU




LAZADA 9.9

LAZADA 9.9

Super Shopping Day! 30% Cashback!