Ujian Pil Covid-19 pada tahap ke 2 - Pfizer


New York: Pfizer dikatakan sedang membangunkan pil Covid-19 untuk merawat individu yang dijangkiti virus berkenaan.


"Ubat berkenaan boleh digunakan pesakit ketika dijangkiti Covid-19 tanpa perlu dirujuk ke hospital."


Ketika ini, ia sedang menjalankan ujian klinikal tahap dua dan ujian ke atas manusia juga sedang dijalankan bagi mengetahui keberkesanannya.


Ubat yang dinamakan PF-07321332 itu diberikan untuk pesakit dewasa yang menunjukkan gejala, tetapi tidak dibawa ke hospital dengan keadaan kesihatan yang stabil.


Pfizer dalam kenyataan rasmi berkata, 1,000 individu diperlukan untuk membantu menguji keberkesanan ubat berkenaan.


"Ujian rawak yang membabitkan 1,140 peserta akan dijalankan di mana mereka akan diberi PF-07321332/ritonavir atau plasebo secara oral setiap 12 jam selama lima hari," katanya.

Menurutnya, ubat berkenaan berfungsi dengan menghalang aktiviti daripada enzim protease yang diperlukan virus Covid-19 untuk mengganda.


Penggunaan ubat ritonavir pada dos rendah pula diperlukan untuk melambatkan metabolism PF-07321332 dalam tubuh pesakit supaya ia bertahan lebih lama untuk melawan virus.


Pfizer berkata, ujian klinikal sudah dimulakan sejak Julai lalu dan sekiranya membuahkan hasil, ubat berkenaan boleh digunakan pesakit ketika dijangkiti Covid-19 tanpa perlu dirujuk ke hospital.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!