Sukarelawan rumah ibadat didakwa kerana menghina agama Islam, institusi raja


Sukarelawan rumah ibadat didakwa kerana menghina agama Islam, institusi raja


Tertuduh merayu agar jaminan serendah RM3,000 diberikan dengan alasan dia tidak bekerja dan sedang menjalani rawatan penyakit kanser tiroid dan menghidap Kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD) serta Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).


MELAKA - Seorang sukarelawan rumah ibadat didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini pada Isnin atas pertuduhan membuat penghantaran jelik dan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi raja dan agama Islam di Facebook, dua tahun lalu.


Tertuduh, Prajiv Lionel Proctor, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar membuat penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya menggunakan akaun Facebook miliknya terhadap institusi raja dan agama Islam dengan niat untuk menyakiti hati orang lain melalui hantaran komen di Facebook Bantal Busuk.


Hantaran itu telah dibaca jam 1 petang di KM4 Bukit Piatu pada 29 Disember 2019.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.


Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari telah mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dengan mengambil kira kesalahan tertuduh adalah serius kerana membabitkan penghinaan ke atas institusi raja dan agama negara.


Peguam Tan Show Teng yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan serendah RM3,000 diberikan dengan alasan anak guamnya tidak bekerja dan sedang menjalani rawatan penyakit kanser tiroid dan menghidap Kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD) serta Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Januari tahun depan sebagai sebutan semula kes.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!