Lori rempuh 5 kenderaan, pemandu positif dadah


KUALA LUMPUR - Sebanyak lima kenderaan terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori hilang kawalan di lampu isyarat di Jalan Ipoh Sentul seperti tular di media sosial pada Isnin.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kenderaan terlibat dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang itu adalah dua Perodua Myvi berwarna kuning dan putih, Proton X70, Honda HRV serta Peugeot 208 FL.


Menurutnya, siasatan awal mendapati lori dipandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul itu hilang kawalan di lampu isyarat dan merempuh dengan laju lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.


"Pemandu kenderaan Myvi berwarna kuning cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur.





"Pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.



VIDEO KEJADIAN LORI HILANG KAWALAN REMPUH KENDERAAN



Katanya, pemandu lori berkenaan yang juga tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan dan dibuat ujian alkohol.


"Hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol. Seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.


"Siasatan diklasifikasikan di bawah Sek 44 ( 1A ) APJ 1987, " katanya.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!