423 kompaun kesalahan SOP dikeluarkan

423 kompaun kesalahan SOP dikeluarkan

“Antaranya kebenaran rentas daerah yang membuatkan orang ramai mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.


SEPANG – Sebanyak 423 kompaun berkaitan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah dikeluarkan sejak 10 September lepas hingga semalam.


Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak memakai pelitup hidung dan muka, gagal menjaga penjarakan fizikal dan sebagainya.


Beliau berkata, sejak Lembah Klang beralih ke Fasa Dua PPN, polis telah menggerakkan kira-kira seramai 3,000 anggota dari 700 pasukan pemantauan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan.


“Antaranya kebenaran rentas daerah yang membuatkan orang ramai mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.


“Semua pantai dan tempat-tempat tumpuan orang ramai di Selangor seperti air terjun, pemantauan di lokasi tersebut turut dilakukan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat tinjauan pematuhan SOP dalam kalangan pengunjung Pantai Bagan Lalang di sini.


Sementara itu, mengulas tinjauan hari ini, Arjunaidi berkata, beliau berpuas hati dengan pematuhan SOP orang ramai yang tinggi apabila mereka berkunjung ke pantai tersebut.


“Seperti mana diketahui, lokasi ini merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan penduduk dan dapat dilihat memang ramai yang datang tetapi sebahagian besarnya mereka datang berkeluarga dan mereka duduk berkumpul dalam keluarga mereka sendiri.


“Kita menentukan bahawa mereka yang datang ini mematuhi SOP-SOP yang lain seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya, yang mana kalau kita lihat tadi sebahagian besar mereka memakai pelitup muka bila keluar dari laut,” katanya. – K! ONLINE


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!